Wednesday 29 June 2011

MALAYSIA 2 1 CHINESE TAIPEI





Malaysian SEA Games gold medalists recorded a narrow 2-1 win over Chinese Taipei on Wednesday in their 2014 FIFA World Cup first round qualifier. 28th minute Safiq Rahim strike and a Mohd Aidil Radzak effort ten minutes into the second period was all the Tigers could muster at the Bukit Jalil National Stadium meaning Chen’s away goal could prove A 77th minute Chen Po Liang goal has set up a tougher than anticipated second leg for Malaysia telling when the action shifts to the Taipei Municipal Stadium on Sunday.

Tuesday 28 June 2011

Saksikan Perlawanan Antara Malaysia Menentang Taiwan

Malam ni sama-sama kite tengok bola sepak negara kita...Malaysia menentang Taiwan Kelayakan Piala Dunia 2014..Aku harap Rajagopal dapat menurunkan skuad yang terbaik... Siaran langsung di TV1 dan Astro Arena 801...

Monday 27 June 2011

Downing & Adam to sign any minute….Hang on

more

CHARLIE ADAM KE LIVERPOOL




Kapten blackpool juga pemain kebangsaan Scotland setuju untuk menandatangani contract bersama Liverpool.
Pemain ini hebat dengan hantaran jauh yang memang sesuai bermain dengan rentak permainan Liverpool. Welcome to the Liverpool.

DURIAN RUNTUH SI JUARA MAHARAJA LAWAK



Juara Maharaja Lawak kumpulan Sepah mendapat habuan sebanyah RM350,000.00. TAHNIAH SEPAH.

MALAYSIA VS TAIWAN

Persiapan Kelayakan Piala Dunia 2014 Menentang Taiwan














Malaysia pastinya mahu mencipta sejarah untuk melayakan ke Piala Dunia setelah menunjukkan prestasi terbaik.Malaysia kini pasukan terbaik Asia Tenggara dan juga antara 12 pasukan terbaik Asia.
read more

Sunday 26 June 2011

Bermain Seperti Alonso

KEMBAR ALONSO

Pemain Dari Bosnia yang bernama Semir stilic dari kelab Lech Poznan Liga Poland.Umur pon muda lagi baru berusia 23 tahunCorak permainan dia memang sesuai sangat dengan Liverpool.Pemain ini memang hebat menghantar bola jarak jauh.dia seakan akan macam Lagenda kita Iaitu Alonso.

BERITA! BERITA! Keropok Lekor Terpanjang

Gambar acara membuat keropok lekor terpanjang di Malaysia dan dunia
keropok lekor terpanjang dunia terengganu 1
keropok lekor terpanjang dunia terengganu 3


KUALA TERENGGANU: Gandingan 25 pakar membuat keropok lekor sambil dibantu 100 pelajar institut pengajian tinggi tempatan berjaya menghasilkan rekod baru keropok lekor terpanjang di Malaysia sempena Karnival Bank Rakyat (KBR), di Dataran Shahbandar, di sini, semalam.
Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat, berkata keropok lekor terbabit adalah sepanjang 479.4 meter mengatasi rekod lama 300 meter pada 2006 yang tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

“Hasrat kami untuk mencari kelainan dalam penganjuran KBR di negeri ini berjaya apabila satu sejarah terpahat dengan penghasilan keropok lekor terpanjang itu.
“Selepas rekod itu disahkan MBOR, keropok lekor berkenaan dijual kepada pengunjung dan hasil jualan didermakan kepada rumah kebajikan di negeri ini,” katanya.

Proses membuat keropok lekor terpanjang itu bermula jam 10.30 pagi dan memakan masa hampir tiga jam untuk disiapkan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Industri Keropok Warisan TRG, Mohd Zaman Muda, 53, yang mengetuai usaha terbabit berkata, sebanyak 1,200 kilogram ikan dan 850 kilogram tepung sagu digunakan bagi menyiapkan keropok lekor berkenaan yang mempunyai kelebaran 6.5 sentimeter.

“Kami menggunakan campuran isi ikan selayang, tamban dan lolong segar untuk menyiapkan keropok itu,” katanya yang berpengalaman 31 tahun membuat keropok lekor.

Menurutnya, usaha dilakukan Bank Rakyat untuk mencipta rekod baru itu adalah langkah bijak dalam mempromosikan industri keropok lekor di negeri ini kepada masyarakat tempatan dan pelancong asing.
more
Untuk Mengetahui Lebih Lanjut: http://melayukini.net/2011/06/video-dan-gambar-keropok-lekor-terpanjang-di-dunia/#ixzz1QNBjyjJN

Saturday 25 June 2011

Genting jenama baharu dalam EPL


JENAMA Genting akan tertera di jersi pasukan Aston Villa.


GENTING UK, anak syarikat Genting Malaysia Berhad kini menjadi penaja utama kelab bola sepak England, Aston Villa dalam mengharungi Liga Perdana England (EPL) bagi musim 2011/2012 dan 2012/2013.
Menerusi perjanjian yang dimeterai kedua-dua pihak baru-baru ini, jersi pasukan Aston Villa semasa beraksi di laman sendiri dan tempat lawan juga akan dilengkapi dengan logo Genting selama dua musim.
Timbalan Pengerusi Eksekutif Genting UK, Peter Brook dalam kenyataannya berkata, pihaknya amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan kelab terkemuka seperti Aston Villa.
Menerusi perjanjian itu katanya, kedua-dua pihak juga bersetuju menyokong aktiviti masing-masing sama ada di dalam atau di luar negara, selain pihaknya turut menyediakan pelbagai manfaat tajaan lain yang bakal dinikmati Aston Villa.
“Usaha sama ini dilihat wajar bagi menandakan satu pencapaian penting dalam pembangunan Genting sebagai satu jenama unggul dalam bidang perhotelan dan riadah sekali gus meluaskan pengaruh Genting di peringkat antarabangsa.
“Kami percaya hubungan antara kedua-dua pihak dapat terjalin utuh menerusi usaha sama ini memandangkan pasukan Aston Villa mempunyai reputasi yang cukup bagus di kota Birmingham,” katanya dalam kenyataan itu semalam.
Kenyataan itu bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah sebenar tajaan tersebut.
Aston Villa yang membariskan nama-nama besar dalam arena bola sepak seperti Gabriel Agbonlahor, Darren Bent dan Brad Friedel mengakhiri cabaran mereka dalam Liga Perdana England di kedudukan kesembilan pada musim lalu.
Meskipun kehilangan Ashley Young yang berhijrah ke Manchester United pada musim depan, pasukan itu sudah pasti merencana strategi baharu bagi memastikan mereka layak ke cabaran Liga Juara-Juara selepas ini.
Dalam pada itu, Ketua Eksekutif Aston Villa, Paul Faulkner dalam kenyataan yang sama memberitahu, pihaknya amat gembira dan teruja untuk bekerjasama dengan Genting, selain berharap untuk mendapat manfaat daripada kredibiliti Genting sebagai sebuah syarikat antarabangsa yang terkemuka dalam industri hospitaliti.
“Kami percaya ini akan menjadi satu perkongsian yang baik dan positif untuk Aston Villa sekali gus membantu pembangunan kelab secara berterusan.
“Usaha sama ini juga dilihat menjadi detik permulaan baru kepada Aston Villa memandangkan Genting mempunyai jaringan yang cukup bagus di peringkat antarabangsa sekaligus mencerminkaan imej yang positif untuk kedua-dua pihak,” katanya.

Madu Lebah Boleh Buat Ubat Gagap


aku nak kongsi ngan korang sume tentang madu lebah asli.Madu lebah asli banyak khasiat nya.macam kita engar tentang khasiat nya.kalau kta makan tak kena kencing manis pon walaupun dia lebis manis dari gula.memang ajaib.
Kali ini aku dengar madu lebah boleh menghilang penyakit gagap.Sesape yang rase diri dia gagap nak bercakap leh la cuba amal kan makan madu lebah.Tapi pastikan korang makan madu lebah yang betul-betul asli.
Ok.Selamat mencuba
read more

Nikmati Daging Burung Puyuh

Assalamualaikum.

Korang pernah makan burung puyuh tak??aku bagi pendapat la korang cuba makan burung puyuh,,tak kesah la masak ape pon..tapi rasa dia memang sedap la.Tapi pastikan la burung tu sembelih dengan cara Islam bagi orang Islam.
Semoga mencuba.

Friday 24 June 2011

TOMOK NAK NIKAH 1 JULAI DEPAN








Juara rancangan realiti TV, One In A Million musim ke-3, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 27, akan menamatkan zaman bujangnya pada 1 Julai depan dengan pramugari Penerbangan Malaysia (MAS), Siti Rahayu Abas, 32 .

Tomok mengenali Siti Rahayu sejak lapan tahun lalu dan memilih 1 Julai ini sebagai tarikh akad nikah yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Datuk Keramat di sini.
Semoga berjalan dengan lancar ye tomok....

Aku masuk Kosmo! Hahaha

LEBUHRAYA BERHANTU


jalan lama Karak(KL-Bentong) dan satu lagi Lebuh Raya Karak(baru)


Apa yang menariknya dalam banyak-banyak tempat yang dikatakan berhantu,pasti Karak akan tersenarai,malah di Karak ini lah bagi aku tempat segala hantuMana tidaknya seingat aku hampir

 10 jenis hantu yang ada kat Malaysia ini ada di Karak..
 Antara Hantu Yang Pernah Dikaitkan Dengan Karak.
Langsuir
Budak Sekolah (merayau-rayau)
Wanita Tua
Bas Lama
Penunggang Motor (Kepala ada badan tak ada)
Perempuan Bawa Anak (batu nisan)
Pontianak
Hantu Pocong
Hantu yang Makan orang (Paling popular)

Lebuhraya Karak
Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.
 1.Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana
 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.
 2.Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena "tegur".
 3.Volkswagen kuning..
selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong kereta korang ,dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga..Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini,seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku diasrama tengah dengarr adio Era (masa tu Era baru je wujud).Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus.


4.Kereta Misteri

 KARAK Penemuan sebuah kereta

 Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu."Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar."
Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya," kata beliau ketika dihubungi.Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.
Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan..Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.

Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.

 Jalan Karak Lama
 1.Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni.nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantikApa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah(petronas).
 2.Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik..Sebab dah tak tahan menanggung seram!
 3.Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket.Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung.Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?..
 4.Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden (Bekas ketua Komunis Pahang)bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..
 5.mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.
Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di
KM 40 Bentongtetapi tiada pemandu di dalam. dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.
6.Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia "temperature"naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya.lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap "jangan pandang belakang"..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!

Kapten Liverpool Gerrard munkin terlepas permulaan musim

Steven Gerrard masih dalam proses kembali cergas semula selepas menjalani pembedahan paha pada Mac lalu.




Beliau berkata: "Saya ada masa untuk memulihkan tubuh badan saya, memastikan badan saya mantap. Saya masih empat atau minggu lagi dari bermain perlawanan penuh tapi saya yakin saya akan kembali dalam keadaan fizikal yang lebih baik berbanding sebelum ini."

"Saya mahu kembali dengan impak besar, saya mahukan musim yang bermakna," kata Gerrard.

"Ia telah menjadi aksi tanpa henti untuk saya sejak saya mula bermain di usia 17 tahun. Saya tidak pernah ada tempoh lebih dari empat atau lima minggu tanpa beraksi jadi ia cukup bagus untuk merehatkan mental."

"Anda tidak mahu terlepas perlawanan tapi apabila anda menyaksikannya ia memberikan anda kelebihan, keterujaan yang membuatkan anda mahu kembali.''

Berjaya Tanpa Kasih Sayang Dari Seorang Ayah

Assalamualaikum Semua.

Hari ini aku nak berkongsi sedikit cerita dengan korang.Aku ada seorang kawan.Nama dia tak boleh la sebut..nanti dosa pulak..tapi cerita ni memang best la bagi aku.Hidup kawan aku ni memang sedih.dia ada abg 4 org ada kaka 2 org.abg2 dia tak pernah nak bantu dia untuk sambung belajar walaupun sume dah bekerja dengan berjaya.Ayah dia bersara.Ibu dia berniaga dan kerja kampung.Semenjak dia belajar dia tak pernah dapat kasih sayang dari seorang ayah walaupun ayahnya masih ada.Hidup nya semata-mata bergantung pada bebanan ibu dia dan sedikit dari kakak nya.Ayah dia hanya hantar dia ke sekolah tapi tak pernah nak ambil tahu tentang pelajaran dia,peperiksaan dia.Dia memang teringin sangat nak dapat nasihat dari ayah dia,kata-kata semangat dari seorang ayah.Dia belajar sampai berjaya masuk ke universiti dan hanya bantuan dari ibunya..Aku memang tabik dan kagum la dengan dia ni..dia mempunyai Kesabaran yang kuat dan sentiasa bersyukur.Apa yang aku belajar dari dia erti Kesabaran...dan Bersyukur apa yang ada..aku just nak kongsi ngan korang...maaf la kalau cite ni tak best...tapi ni cite betul ye..bukan rekaan..


Lake Pontchartrain Causeway - world's longest overwater highway bridge



Consisting of parallel, 24-mile-long spans, the Lake Pontchartrain Causeway is the world's longest overwater highway bridge and one of the oldest prestressed concrete bridges built in the U.S. Engineers loaded the bridge pieces on barges and towed them to construction points on the lake. The twin bridges are supported by more than 9,500 hollow-cylinder pilings approximately 55 inches in diameter; the largest piles ever driven at the time of the first span's construction in 1955. Since the second span opened to the public in 1969, a drawbridge has been added, along with a tracking device to detect approaching barges during foggy conditions.
more

TEMPAT MENARIK YANG PERLU ANDA PERGI


Lost World of Tambun


Antara tempat menarik yang boleh anda pergi apabila sampai ke negeri Perak ialah di Lost World of Tambun yang terletak di kawasan bandar Ipoh. Ia merupakan salah satu Taman Tema yang terbesar di Malaysia dan telah dirasmikan pada 11 Jun 2005.
Taman tema ini telah dibina di kawasan bukit batu kapur dengan panaroma alam semulajadi yang menarik.
Lost World of Tambun menjanjikan pengalaman yang menarik dengan pelbagai tarikan seperti Adventure river, Jungle wave bay, kolam air panas dan bermacam-macam lagi.
Nak masuk pun ke sini pun tidak mahal. Harga tiket yang berpatutan.
Pandangan dari luar Lost World of Tambun menarik sesiapa sahaja yang baru pertama kali sampai ke sini. Memang berbeza dengan taman tema air yang lain.
Memang tidak rugi berkunjung ke Lost World of Tambun kerana pelbagai aktiviti yang dapat anda rasai di sini dan tidak terdapat di tempat lain.

Hukum dan etika berlawak dalam Islam


Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatlah bagaimana kisah Rasulullah s.a.w bergurau dengan seorang wanita tua.
Wanita itu berkata baginda, “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab, “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis. Baginda s.a.w bersabda: “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman, “Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.” (H.R. Tirmizi dan Al-Baihaqi)
Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata, “ Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dengan kami.” Baginda menjawab: “Ya, aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.” (H.R. Tirmizi dan Ahmad)
Di sini, Dr. Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yang perlu dipatuhi dalam bergurau senda:
Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.
Nabi s.a.w bersabda: “Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.” (H.R. Ahmad dan Ad-Darimi)
Nabi s.a.w bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” (H.R. Abu Daud, Tirmidzi dan An-Nasai’e)
Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.
Firman Allah: “Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… “ (Al-Hujarat, 49:11)
Nabi saw bersabda: “Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (H.R. Muslim)
Termasuk dalam menghina ialah dengan meniru perbuatan orang lain.
Aisyah r.a berkata, “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.” (H.R. Ahmad dan Baihaqi)
Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.
Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah s.a.w dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda: “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.” (H.R. Thabrani)
Nabi s.a.w bersabda: “Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak ataupun betul-betul.” (H.R. Ahmad)
Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.
Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi s.a.w bersabda: “Tiga perkara yang mana diambil hukumnya sama ada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah, 2. Cerai, 3. Membebaskan hamba.” (H.R. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Sesungguhnya Allah telah mencela orang-orang musyrikin yang ketawa ketika mendengar Al-Quran. Firman Allah swt: “Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.” (An-Najm, 53:59-61)
Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.
Nabi s.a.w bersabda: “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (H.R. Ahmad dan Ibu Majah)
Saidina Ali r.a: “Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”
Said bin al-‘As berkata: “Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadapmu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang-orang yang hendak bermesra dan menyebabkan orang-orang yang berdamping denganmu berasa rimas.”
more

salman khan -akshay kumar -priyanka chopra



Mujhse Shaadi Karogi



pada sesape yang minat industan macam aku leh r tengok Movie ni... memang best r..korang tengok r nanti...bukan best sebab ape...sebab persahabatan antara salman ngan akshay dalam citer ni..last2 tersentuh juga r tengok...

Awal Ashaari tak sabar nak kahwin dengan Scha








Setelah hampir setahun digosipkan (gosip yang benar berlaku), akhirnya Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya mengakui yang mereka sememangnya pasangan kekasih (bukti percutian di Bali kot). Masing-masing sudah tidak malu untuk bercerita tentang kisah cinta mereka untuk dikongsi bersama peminat (kalau pisah gerenti gempak). Malah, dalam satu pertemuan baru-baru ini oleh Gua, jejaka berusia 29 tahun ini mengakui yang dia sudah tidak sabar ingin berkahwin dengan Scha.




more

Aaron Aziz Mahu Jadi Warganegara Malaysia



Dengar kabar dari aaron sendiri dia mahu menjadi warganegara malaysia selepas menunaikan umrah dengan isteri nya..Katanya dia sudah biasa dengan Malaysia da lebih selesa tinggal di Kuala Lumpur

Siapa Juara Maharaja Lawak Yang Bakal Membawa Pulang RM300,000





Jozan adalah peserta yang mempunyai ramai peminat.Adakah dengan ramai pengikut jozan akan membawa RM300,000 malam ini.Jozan adalah peserta yang berada di atas sejak dari minggu pertama lagi.Komen-komen juri kepadanya adalah positif dan mereka adalah calon yang bakal menjuarai Maharaja Lawak.

Sepah mempunyai lawak yang kreativif dan sering bermain dengan kata-kata yang melucukan tidak lupa juga pada peminat sepah yang begitu sinonim dengan telatah mereka bertiga.Mereka mepunyai karisma dan kerasian yang hebat.

Pada Jambu mungkin mereka akan lebih menonojol dengan penanmpilan yang berlainan untuk gelanggang yang terakhir setelah berminggu mingguan mereka dengan cara yang sama tapi gaya dan lakonan mereka yang membuat penonton sering ketawa.

Salah satunya peserta berseorangan iaitu Nabil pemuda kelahiran Negeri Sembilan ini yang akan bersaing untuk Maharaja Lawak Akhir malam ini.Nabil mungkin akan rasa tertekan kerana dia adalah satu-satunya peserta berseorangan dan mungkin memberinya lebih cabaran.Dengan kreativiti yang ada pada nya mungkin dia akan lebih memberi cabaran pada peserta-peserta yang lain.

12 PASUKAN TERBAIK ASIA




Malaysia kini berada dalam kelompok 12 pasukan terbaik Asia yang akan dipecahkan kepada tiga kumpulan bagi merebut tiga slot automatik dan satu slot playoff ke Sukan Olimpik 2012 di London.

Australia
Bahrain
Iraq
Japan
South Korea
Malaysia
Oman
Qatar
Saudi Arabia
Syria
United Arab Emirates
Uzbekistan




Undian 7 Julai di AFC house di Kuala Lumpur.

Thursday 23 June 2011

KUTIPAN TERKINI FILEM KL GANGSTER RM10.3 JUTA

Selamat pagi semua,walaupun dah petang tapi bagi Nakal sepanjang hari Nakal akan rasakan kepagian,hakhakhak.Ingatkan masih bermimpi katakawww.Ce..cuba baca tajuk.Perghhh filem melayu leh cecah kutipan sehingga RM10.3 Juta,sesuatu yang harus dibanggakan.Tahniah kepada Shamsul dan Yusuf Haslam.


Kejayaan KL Gangster sebagai filem Melayu paling tinggi mengutip sebanyak RM10.3 juta selepas 10 hari ditayangkan di 80 buah pawagam seluruh negara sejak 9 Jun lalu amat membuka mata banyak pihak.Pengarah Urusan Skop Production dan penerbit filem tersebut, Datuk Yusof Haslam, akur dengan idea anaknya Syamsul selaku pengarah filem itu walaupun sebelum ini mereka selalu bertelingkah pendapat.

“Saya kena akur bahawa Syamsul lebih memahami selera penonton hari ini. Saya sudah berusia 57 tahun dan idea saya mungkin agak lama kerana memikirkan filem yang hanya boleh melepasi Lembaga Penapis Filem.“Bagaimanapun, saya bangga dengan dirinya yang berani membuat pembaharuan dan mahu keluar daripada kepompong. Itu saya katakan dari konteks filem. Tetapi saya rasa filem KL Gangster kurang sesuai untuk dijadikan siri televisyen dan tidak akan membenarkan Syamsul mengadaptasi filem itu kepada drama,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Filem itu menewaskan sebuah lagi filem tentang gengsterisme berjudul Kongsi yang mengutip RM8.4 juta setelah ditayangkan pada bulan lalu.Yusof yakin kutipan filem itu akan meningkat sehingga RM12 juta jika terus ditayangkan sehingga hujung minggu ini.

Filem ini turut dilakonkan oleh Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan (Raja Lawak), Adam Corrie Lee, Soffi Jikan dan Sheera Iskandar.Memikirkan tentang perancangan selanjutnya tentang filem ini, Syamsul bakal mengarah filem KL Gangster 2 (Prekuel), iaitu kesinambungan cerita yang akan mengimbas semula di sebalik cerita dan konflik yang berlaku sebelum itu.

Kata Yusof, anaknya sedang dalam proses penyediaan skrip dan perancangan rapi tentang filem aksi itu.

“Setelah mendapat respons positif daripada pengedar filem dari Thailand, kemungkinan filem ini akan dipasarkan ke sana dan bakal menggunakan khidmat pelakon dari negara itu untuk prekuel filem KL Gangster.

“Selain itu, kami akan mencuba mencari pasaran negara lain seperti Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun, semuanya masih di peringkat perbincangan,” katanya lagi.

Filem ini turut memecah rekod filem Melayu pertama yang mengutip RM1.5 juta selepas ditayangkan di 80 pawagam tempatan pada hari pertama tayangan.Kos pembikinan dan promosi filem ini membelanjakan sebanyak RM2 juta.

Via : mstar.com.my



Artikel Lain Yang Mungkin Anda Cari

more

Gerrard faces fitness race

Reds skipper still a possible five weeks off full match fitness

 

Image text here
Gerrard: Still recovering from injury
Liverpool skipper Steven Gerrard faces a race to be fit in time for the start of the new season as he recovers from groin surgery.
The England midfielder has not played since March after having to undergo an operation on an area that has dogged him for much of his career.
Despite still being the club's talisman, Liverpool coped well without their skipper, finishing the season strongly despite narrowly missing out on a place in Europe.
Gerrard however is confident that the lay-off has allowed him to fully recharge his batteries, and believes he will be back fitter than ever in time for the new campaign.

more 

ISTIMEWANYA MAHER ZAIN

Lupakan sejenak tentang drama atau kumpulan dari korea yang pernah aku tulis sebelum ni. Actually aku tertarik dengan penyanyi yang bernama Maher Zain. Siapa Maher Zain, tak kenal pun? Memang rugi beb tak kenal dia ni. Ok ni serba ringkas tentang si Maher Zain.

Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.


Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York. Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine Up’ dan ‘Run the Show’.


Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar “.
Seriously aku jarang dengar lagu-lagu dari luar melainkan aku betul-betul suka dengan lagu tu atau artis tu sendiri contohnya macam Taylor Swift. Tapi kali ni lain kerana apa yang buat aku lebih minat dengan dia ialah konsep dan kelunakkan suara dia ni. Secara am’nya konsep yang dia bawa lebih kepada berbentuk islamik. Serius memang semua lagu-lagu dari dia memang superb bagi aku. Tak boleh nak bandingkan mana yang best, bagi aku semua best dan ada kekekuatan tersendiri dari segi susunan lirik dan lagu. Kebanyakkan lagu-lagu berbentuk ketuhanan ni sesuai sangat dengan semua peringkat umur dan boleh membuatkan hati kita tenang apabila mendengar. So enjoy the song randomly choosen by me. Bagi yang pertama kali dengar pasti jatuh cinta dengannya.

New proton design coming soon. WAIT!!!



read more

Specification Of New Cars Design " Mitsubishi Eclipse " AeroDinamic Desain Racing superCar


 Mitsubishi New Design Eclipse
  • Specification Of New Design Mitsubishi Eclipse
 Fronts View Of New Design Mitsubishi Eclipse
 Mitsubishi New Eclipse Design Beside Preview
 New Eclipse Have a Aerodinamic Design Of Sporty Cars
 With Two Doors At The New Design Of Mitsubishi Eclipse
 REars View Of New Mitsubishi Eclipse More Sporty More Dinamic and More Cool Of CArs
 Transparan Of The Mitsubishi Eclipse Roof
Look At The Special Design Of Doors Cool and Simple
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...