Friday 24 June 2011

TEMPAT MENARIK YANG PERLU ANDA PERGI


Lost World of Tambun


Antara tempat menarik yang boleh anda pergi apabila sampai ke negeri Perak ialah di Lost World of Tambun yang terletak di kawasan bandar Ipoh. Ia merupakan salah satu Taman Tema yang terbesar di Malaysia dan telah dirasmikan pada 11 Jun 2005.
Taman tema ini telah dibina di kawasan bukit batu kapur dengan panaroma alam semulajadi yang menarik.
Lost World of Tambun menjanjikan pengalaman yang menarik dengan pelbagai tarikan seperti Adventure river, Jungle wave bay, kolam air panas dan bermacam-macam lagi.
Nak masuk pun ke sini pun tidak mahal. Harga tiket yang berpatutan.
Pandangan dari luar Lost World of Tambun menarik sesiapa sahaja yang baru pertama kali sampai ke sini. Memang berbeza dengan taman tema air yang lain.
Memang tidak rugi berkunjung ke Lost World of Tambun kerana pelbagai aktiviti yang dapat anda rasai di sini dan tidak terdapat di tempat lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...