Friday 24 June 2011

Kapten Liverpool Gerrard munkin terlepas permulaan musim

Steven Gerrard masih dalam proses kembali cergas semula selepas menjalani pembedahan paha pada Mac lalu.




Beliau berkata: "Saya ada masa untuk memulihkan tubuh badan saya, memastikan badan saya mantap. Saya masih empat atau minggu lagi dari bermain perlawanan penuh tapi saya yakin saya akan kembali dalam keadaan fizikal yang lebih baik berbanding sebelum ini."

"Saya mahu kembali dengan impak besar, saya mahukan musim yang bermakna," kata Gerrard.

"Ia telah menjadi aksi tanpa henti untuk saya sejak saya mula bermain di usia 17 tahun. Saya tidak pernah ada tempoh lebih dari empat atau lima minggu tanpa beraksi jadi ia cukup bagus untuk merehatkan mental."

"Anda tidak mahu terlepas perlawanan tapi apabila anda menyaksikannya ia memberikan anda kelebihan, keterujaan yang membuatkan anda mahu kembali.''

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...